Selasa, 7 November 2017

                         
                   SEJARAH THE FAITH.


Image result for biodata kumpulan the faith
THE FAITH


Artis baru di bawah naungan kami, di anggotai oleh 4 anak muda berusia 19 tahun. Bermula dengan lagu Hitz "Luahanku" dan "Kembalilah", mereka bakal menerbitkan album berbahasa inggeris & Melayu yang akan di terbitkan tidak lama lagi. 


kumpulan ini juga sedang mula melakar nama di tanah air kita
pada hari ini.semoga lagu mereka bermanfaat kepada kita semua. 


                     ANAK MUDA  DALAM 
                      KARIERNYA SEBAGAI 
                      PEMAIN SEPAK TAKRAW.

Baru mencecah umur 17 tahun, Amirul Ramadhan Fazillah Suhaimi sudah menjadi permata berharga Perak Bison dalam saingan Liga Sepak Takraw (STL) yang sedang berlangsung di Majlis Perbandaran Serdang Jaya Selangor.

Bagi anak muda kelahiran Selama, Perak ini, dia yakin dengan kemampuannya sekalipun terpaksa bersaing merebut tempat dalam skuad utama dengan rakan senior.

"Saya anggap mereka mentor. Tidak dinafikan tunjuk ajar mereka juga membuat saya lebih matang dalam permainan.

"Kini saya lebih bersedia untuk bersaing merebut tempat kerana saya tidak mahu mempersiakan peluang yang diberikan," ujarnya.

Amirul sudah mula mewakili negeri seawal usia 11 tahun dan turut berada dalam skuad kebangsaan dalam Kejohanan Sekolah-Sekolah Asean yang memenangi gangsa acara berpasukan tahun ini.

Jurulatih Perak Bison, Ismi Hissan Ismail, turut melihat potensi yang ada dalam diri Amirul.

"Walaupun usianya masih muda, aksinya tetap menyakinkan. Tidak mustahil dia mampu berdiri megah mewakili skuad senior negara satu hari nanti,", ujar Ismi.


                             najmeestylo464@gmail.com

tips

TEKNIK DALAM SUKAN SEPAK TAKRAW.


  • Sepak Sila
 
Sepak sila adalah menyepak bola dengan menggunakan kaki bagian dalam gunanya untuk menerima dan menimang bola, mengumpan dan menyelamatkan smash lawan.
  • Sepak Kuda (Sepak Kura)
Sepak kuda atau sepak kura adalah sepakan dengan menggunakan kura kaki atau dengan punggung kaki. Digunakan untuk menyelamatkan bola dari smash lawan, memainkan bola dengan usaha menyelamatkan bola dan mengambil bola yang rendah.
  • Sepak Cungkil
Sepak cungkil adalah menyepak bola dengan menggunakan kaki (jari kaki). Digunakan untuk mengambil bola yang jauh, rendah dan bola-bola yang liar pantulan dari bloking.
  • Menapak
 
Menapak adalah menyepak bola dengan menggunakan telapak kaki. Digunakan untuk :smash ke pihak lawan, menahan atau membloking smash dari pihak lawan dan menyelamatkan bola dekat net (jaring).
  • Sepak Simpuh atau Sepak Badek
Sepak badek adalah menyepak bola dengan kaki bagian luar atau samping luar. Digunakan untuk menyelamatkan bola dari pihak lawan dan mengontrol bola dalam usaha penyelamatan.
  • Sundulan (heading)
 
 


Sundulan (heading) adalah memainkan bola dengan kepala. Digunakan untuk menerima bola pertama dari pihak lawan, meyelamatkan bola dari smash lawan.
  • Mendada
Mendada adalah memainkan bola dengan dada, digunakan untuk mengontrol bola untuk dapat dimainkan selanjutnya.
  • Memaha
 
Memaha adalah memainkan bola dengan paha dalam usaha mengontrol bola, digunakan untuk menahan, menerima dan menyelamatkan bola dari smash lawan.
  • Membahu
Membahu adalah memainkan bola dengan bahu dalam usaha mempertahankan dari smash pihak lawan yang mendadak, dimana pihak pertahanan dalam keadaan terdesak dan dalam posisi yang kurang baik.
Teknik khusus dalam sepak takraw
Teknik khusus dalam permainan sepak takraw adalah cara bermain sepak takraw, bagaiman permainan itu dimulai, apa yang harus dilakukan. Setelah bola dikuasai tindakan apa yang harus dilakukan untuk membuat smash sehingga smash itu mendapatkan hasil atau nilai bagi regunya. Adapun teknik khusus dalam permainan sepak takraw adalah :
  • Sepak Mula (Servis)
Sepak Mula (Servis) adalah sepakan yang dilakukan oleh tekong kearah lapangan lawan sebagai cara memulai permainan. suatu gerak kerja yang penting dalam permainan sepak takraw, karena point dapat dibuat oleh regu yang melakukan servis. Tujuan suatu servis hendaklah dipusatkan kepada pengacuan permainan atau pertahanan lawan sehingga kita dapat mengatur smash yang mematikan dan sulit menerima bola oleh lawan.



                                                  SEMOGA BERMANFAAT 
                                 KEPADA SEMUA.
                                                         
                                       



                IDOLA SAYA DALAM SUKAN
                          SEPAK TAKRAW.



Bintang Baru - Mohd Shahir Mohd Rosdi

Baru berusia 15 tahun, tetapi ketinggiannya sudah mencecah hampir 180cm. Pelajar tingkatan 3 SMK Mutiara Impian, sebuah sekolah sukan di Pulau Pinang ini terpilih untuk menghiasi ruang Bintang Baru ini - Mohd Shahir Mohd Rosdi.

Regu Mutiara Impian Bawah 15 tahun

Dari hari pertama , susuk tinggi lampai ini mula menarik perhatian saya dan penonton lain apabila gaya melakukan servisnya persis tekong hebat Thailand - Suebsak Puensab. Berstoking tinggi putih membuatkan badannya kelihatan tinggi umpama pemain dewasa yang lain.


Servis kudanya kerap kali membuahkan mata. Kawalan gelanggang dan wajah bersahaja membuatkan pihak lawan sukar mencari kelemahannya. Sejak hari pertama lagi saya sudah menduga regunya bakal layak ke pusingan akhir. Hari ini, ia menjadi kenyataan dan bakal berentap dengan SM Gunung Rapat sebentar nanti.


Mula bermain secara serius sejak 4 tahun lalu, Cikgu Syed selaku jurulatih banyak membimbing bintang muda ini. Dengan sokongan dari pihak sekolah serta MSN Pulau Pinang, saya percaya pemain ini mampu pergi lebih jauh lagi. Saksikan temubual bolarotan.com bersama pemain ini.













                                                


cara-cara menghasilkan blog:

Membuat blog cukup mudah sebenarnya.Boleh sambil buat sambil belajar.Yang penting kemahuan mesti ada.Banyak sumber sumber yang kita boleh perolehi untuk mempelajari blog.Untuk mencipta blog anda mestilah mempunyai akaun dengan blogger di www.blogger.com.

Langkah langkahnya:
1.Klik pada sign up jika belum ada akaun gmail
2.Isikan butir butir dalam form  yang disediakan  dan klik pada next step
3.Anda akan dibawa ke langkah ke2 iaitu create your profile dan klik ke next step



4.Langkah ke 3..you all set anda Berjaya membuat akaun blogger.klik back to blogger untuk confirm profile anda.

5.Klik back to blogger
6.Anda dibawa ke dashboard blogger..klik pada new blog



7. Masukkan tajuk blog dan alamat blog anda dan pilih template yang dikehendakki.Kemudian  klik create blog.


semoga bermanfaat
kepada semua.